Monday, December 14, 2009

Komposisi 13579 ( jendela 5)


Qis tersentak. Mengapa Arsyad begitu marah? Dirinya bukan milik Arsyad , nyawanya bukan milik Arsyad. Bagi Qis, Arsyad bagaikan sudah hilang pedoman. Dia terlalu inginkan Qis. “Arsyad, Qis belum sedia untuk semua ni. Qis belum mahu terikat dengan apa-apa. Apa hak Arsyad untuk membentak Qis? Saya mampu buat keutusan untuk diri saya sendiri”, ujar Qis dalam nada kesal.

Arsyad memandang tepat ke mata Qis. Bagaikan ada dendam yang ingin dibalas dan dilempar terus pada Qis. “ I need you Qis. I do need you! Bukan sebab Arsyad memaksa. Cuma I don’t want to lost you,” Arsyad cuba menjelaskan kekalutan yang berlaku. Qis terdiam. Dia senyum lalu mengucapkan salam pada Arsyad dan berlalu pergi.

Dari jauh, Arsyad memanggil Qis, namun dia terus juga menyusun langkahnya meninggalkan Arsyad. Berat hati Qis untuk meninggalkan Arsyad. Tetapi, dia Cuma inginkan satu kebebasan untuk bergerak tanpa sebarang komitmen. Terlalu berat untuk dia memberikan komitmen sedangkan dia masih tercari-cari pegangan sebenar hidupnya. Dia tidak mahu menjadi terlalu terburu-buru. Jodoh itu ketentuan Illahi. Dia yang menentukan dan kita hanya mampu merancang. Setiap perkara yang berlaku adalah dengan kuasa dari-Nya.

Qis meneruskan langkahnya dengan lesu menyusuri St Ivan Street yang rata-rata dipenuhi golongan muda-mudi yang sedang seronok menyaksikan Baskin. Ternyata, persembahan jalanan sebegini amat menarik minat golongan muda di pekan ini. Arts is the key to the union of the mother nature, kata-kata ini muncul dibenak minda Qis apabila dia melihat seorang anak kecil dalam usia 10 tahun bermain sebuah gitar di tepi Ivory Statue ditengah-tengah St Lewis Garden. Lucu, tetapi menarik untuk diperhatikan. Dia begitu kecil untuk memahami kepayahan hidup. Tetapi, mungkin ia dilakukan sekadar untuk suka-suka.

Dengan rasa hati yang mulai reda dari kekesalan atas sikap Arsyad yang terlalu menjengkelkan itu, Qis berjalan terus hingga tiba di Lovely Cupid. Dia menolak pintu café itu dan memasukinya sambil kedengaran bunyi loceng café kecil itu. “Hey Qis, what are you up to?” sapa seorang lelaki lewat 70-an yang sedang sibuk mengelap meja di dalam café itu. “Nothing much Mr Noland. Just came back from a short walk around the town. Where’s Maria? I haven’t seen her today. She’s even not at the garden” panjang lebar persoalan yang ditanya pada Mr Noland oleh Qis.

Lelaki itu lantas bergerak ke mejanya di mana Qis duduk. “She told me she want to go to the church. It’s Sunday dear. I’m not going today. Have a job to be done. Just stopping by to check on Marcus” Mr Noland menjawab lantas berlalu ke kaunter untuk memesan minuman kegemaran Qis. Selang beberapa minit, Mr Noland kembali semula ke meja Qis dan memberikan gadis itu secawan kopi panas yang diletakkan di dalam mug putih bercorak matahri kegemaran Qis. “Here you go. Koupi O panass. Your favourite!” seloroh Mr Noland yang cuba menyebut nama minuman itu dalam bahasa melayu. “Hahaha. Terima Kasih!”, Qis membalas dengan senyuman.


bersambung...

Wednesday, December 2, 2009

komposisi 13579 ( jendela 4)


Qis fikir yang isu agama bukanlah isu terbesar di sini memandangkan orang-orang di sini nampak lebih memahami. Namu tidak, rupa-rupanya, diskriminasi boleh berlaku di mana-mana sahaja selagi manusia tidak mahu memahami perbezaan. Jika kita terus menganggap perbezaan sebagai satu kelainan yang menjengkelkan, maka kita akan terus hidup dalam dunia penuh kebencian dan diskriminasi. Qis membalas senyuman Mrs John dan memohon untuk beredar terlebih dahulu. Dia sebenarnya tidak tahu ingin menuju ke mana. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor milik Arsyad.

“Assalamualaikum, kamu di mana?,” tanya Qis.

“Waalaikummussalam, saya di Queens Corner. Sedang memberi itik-itik di kolam makan. Kenapa?,” Arsyad menjawab dalam nada berseloroh.

“Can we meet for a while? I need to discuss something with you,” Qis menjawab dengan tenang.

“Em, ok. I meet you at the Junction Square. Is that ok?”, sekali lagi Arsyad bertanyakan soalan kepada Qis.

“That’s fine. Jumpa kamu di sana. Jangan lambat! I give you ten minutes,” arah Qis sambil tergelak kecil.

“Baik puan!,” Arsyad menjawab dan terus memutuskan talian.

Qis terus bergerak ke kiri jalan melalui lorong pejalan kaki di bahagian tepi jalan kecil itu. Pelbaagai perkara bermain difikirannya. Apa yang harus dicakapkan? Bagaimana harus dia mulakannya? Adakah Arsyad akan menerima perkara ini? Mungkin Qis menjadi terlalu terburu-buru kerana perasaannya yang terlalu mendesak itu? Dia sendiri buntu tentang apa yang dirasanya. Mungkin juga perkenalan selama 4 tahun belum cukup meyakinkan hatinya tentang kesediaan dia menerima Arsyad sebagi bakal suaminya. Perkongsian dalam rumahtangga bukan perkara main-main. Qis tidak mahu menjadi janda muda yang menyesal kerana kahwin awal. Tetapi dia sudah terfikir terlalu jauh dari keadaan sebenarnya. Perasaan gusar ini mungkin menyebabkan dia mula berfikiran yang tidak enak tentang cerita hari esok.

Junction Square kelihatan agak legang berbanding hari-hari minggu yang lain. Dia merapati sebuah meja yang terletak betul-betul di tepi Uncle’s Cabin yang menjual chocolate puff kegemarannya. Selang beberapa minit selepas dia duduk di bangku meja itu, Arsyad sampai dengan memegang sejambak bunga lily putih. “Assalamualaikum, ini untuk Puan Besar,” seloroh Arsyad. “Waalaikummussalam. Oh, terima kasih. Cantik. Pandai kamu pilih,” Qis menjawab dalam nada yang lembut.

Arsyad duduk di bangku yang menghadap Qis. “Kenapa mahu berjumpa? Anything bad?,” soal Arsyad. “Arsyad, Qis minta maaf. Tapi, I need a time out. Kita berpisah dulu buat seketika,” ujar Qis dalam nada yang ragu. “Em..kenapa? I’m not good for you,?” Arsyad mendesak mahukan penjelasan. “ Bukan. Qis cuma perlu masa untuk mencari dan pencarian ini melibatkan masa Qis. Qis tak mahu nanti Arsyad terasa yang Qis mengelak dari bersama Arsyad. Qis tak mahu ada penghalang antara Qis dengan pencarian Qis,” terang Qis dalam nada tenang.

“Fine. I leave you then. Hope you won’t regret this! Aku cuba ikut rentak kau. Aku cuba fahami kau. Tapi, kau tetap dengan pencarian kau yang tak henti-henti tu! Kehidupan adalah satu ketetapan dan bukan satu penerokaan atau pencarian. Kau dah terlalu banyak berfikir tentang kehidupan. Get a life!,” bentak Arsyad.


bersambung...

Sunday, November 29, 2009

komposisi 13579 ( bahagian 3)


Setelah jauh merenung paginya, Qis bergerak ke arah pintu biliknya dan mula bergerak perlahan menuruni anak tangga rumahnya itu. Dia mengenakan sehelai tudung putih yang dikenakan cantik dengan kemeja kotak-kotak berwarna hitam dan sehelai celana putih dari Leon, jenama kegemarannya. Sebelum mendekati dapur untuk menyediakan pengalas perut dia mencapai sehelai scarf dari Zara pemberian Andrew, rakan baiknya dari Liverpool. Dia membalut scarf itu di keliling lehernya kerana angin pagi itu sungguh dingin mengigit tubuhnya yang kecil itu. Qis terus menyediakan sarapan, roti bakar dan kopi. Mudah, senang dan tidak memeningkan kepala. Dia terfikir sejenak sewaktu menghirup perlahan kopi bancuhannya. Apa lagi yang dia inginkan dalam kehidupan ini? Mungkin ia terlalu tiba-tiba, tetapi bila Qis teringat akan soalan oleh teman karibnya Jenna sewaktu mereka ke pekan kelmarin, dia jadi teringat.

“You’re still young Qis. I mean, are you sure? You still have time to think about it, you know? It’s about your future.” Itulah persoalan yang diberikan oleh Jenna sewaktu Qis memberitahu kepadanya hasrat untuk memutuskan hubungannya dengan Arsyad. Bagi Qis, dia terlalu muda untuk memberikan komitmen dalam perhubungan. Mungkin selama ini Arsyad menyokong segala yang dilakukan Qis dan Arsyad juga merupakan insan yang mendengar segala keluh kesahnya. Tetapi Qis sudah nekad kerana dia tidak mahu Arsyad terlalu berharap. “You know Qis, he’s a great guy,” kata Jenna kepada Qis sewaktu dia cuba memujuk Qis memikirkan hal itu kembali. Kedegilan dan keinginan untuk terus menerokai bumi tuhan ini membuatkan Qis terus kekal dengan keputusannya. Mungkin apabila ada Arsyad, keputusan yang diambil Qis harus menjaga hati orang ketiga itu. Dia ingin jadi lebih longgar untuk bernafas. Kadang-kadang Arsyad seperti mendesak Qis untuk mengurung keinginannya untuk mencari lebih erti kehidupan di luar lingkungan kebiasaannya. Arsyad terlalu skeptikal dengan kemampuan Qis sebagai seorang wanita Muslim yang berada di bumi asing. Baginya, Qis harus menjadi berhati-hati dengan setiap gerak mahupun tutur kata.

Jauh dia mengelamun tentang Asyad yang tiba-tiba menjengah ke mindanya. Dia terus menghirup kopi yang mulai suam dan menghabiskan potongan terhasil roti bakarnya. Qis lantas bangun dan mengangkat pinggan dan cawan yang digunanya. Lantas dicucinya semua perkakas itu. Dia mula bergerak malas ke ruang tamu dan mencapai beg sandangnya. Pemberian Jenna sewaktu harijadi Qis yang lalu, beg sandang dari Losex itu menjadi kegemarannya. Dia membetulkan ikatan tudungnya di hadapan cermin di ruang tamu dan mencapai kunci rumah yang tergantung di belakang pintu utama rumah itu. Pintu rumah dikunci rapat dan Qis terus melangkah turun dari rumahnya memijak rumput menghijau di laman rumahnya. “Morning Mrs John. It’s a little bit cold out here. Are you off to somewhere? ,” sapa Qis kepada isteri Mr John yang sedang berjalan meninggalkan halaman rumahnya. “Yes. I’m on my way to the church. They having some prayer today,” jawab Mrs John yang memberikan Qis satu senyuman manis yang memberikan satu tanda keihlasan dari hatinya. Dia cuba menjauhkan prejudisnya terhadis gadis Islam seperti Qis tetapi suaminya lebih berkuasa. Kebengisan Mr John dalam berkompromi tentang isu agama menyukarkan pergaulan antara mereka.


bersambung...

Wednesday, November 11, 2009

Terlalu suka bertanya: " mula mencuba!"


Aku masih mencari apa yang diinginkan dalam hari-hari penghidupan ini..hahha.."terlalu naif!!"...fikiran yang terlalu naif inilah yang membuatkan aku menidakkan segala kebenenaran yang aku ingin cari.mungkin terlalu muda kirannya..bukan satu kesalahan untuk menidakkan apa yang kita miliki sekarang..cuma, ini lumrah kehidupan kita sebagai manusia.

Aku seperti tertanya-tanya, dari hari ke sehari."mengapa kita terus diuji, sedangkan kita lemah untuk setiap ujian?"..seperti Peperiksaan Dunia..cabarannya..bukan mudah..tapi senang jika kita duduk dan fikirkan.. memanglah tidak semudah 1+1.tapi,mudah dalam erti kata,"Senang untk diselesaikan kerana kita ada jawapannya"..

Aku terfikir, "mengapa AKu tidak pernanh melihat jawapan yang ada di depan mata?" mungkin kerana aku BUTA dan terlalu banyak bersoal dan mempersoalkan..itu ini,begitu begini..."its suck when you cant't deal with the questions for all the answer you need!". itu yanga ku fikirakan dari hari ke sehari..mungkin kita harus berhenti bertanya dan cuba lakukannya dahulu..alang-alang mandi, biar BASAH! untuk menangis dari satu jatuhan, dan bangun lagi bukan perkara mudah tapi itulah cara terbaik untuk kita belajar.

Saturday, November 7, 2009

"being alone is what most of us need"


trying hard to get into what the world want me to be just a total failure of my life. not to say that im a big loser in life, its just another rejection of my taste.the fact that im living with a condition called "social-isolation-tendency", do gve me a big time on realizing myself of what my direction. many people thinks that what im doing right now wont help myself to be a part of the life-plan. i do plan on what i want to do, what i need to do and why such stuff to be done. i not a good planner but i just being self-aware. PARANOID to be exactly. well, it just a way how most people deal with their inner self, and this condition would lead to another total rejection if their needs if it cant be achieved. this particular syndrome will induce a particular self to create another self-barrier to exclude themselves from the barrier.

this self-isolation is what most of people tried to do or practice during a "failure-condition" which had destroyed their aims and needs.i do realize most of my isolation was made since i failed to properly create my path. too many "drinks and cheese" ruins the whole consideration of achievement. i dont put this failure and isolation as my total rejection of my life (i always in bad-mode)...its just another way of how i put myself to a good-state-condition. this self-realization is more likely to create my comfort zone.

so far, i do believe, when im not in my good condition, i prefer to put myself to isolation........its a good rehab maybe for me but..u choose it urself.

komposisi 13579 (jendela 2)


Mungkin keterlaluan kiranya kalau Qis menunding jari menyalahkan budaya tanah penjajah itu yang merasuk ke segenap tulang-belulang teman-temannya itu. Kalau tidak kita yang mahu, masakan orang memberi dan manakan jadinya sesuatu perkara? Berlegar-legar di minda Qis tentang apa yang mungkin terjadi kalau hal ini terus berlaku? Mungkin tiada lagi teman-temannya yang akan menyapa bertanya bagaimana keadaan dirinya di laman negeri putih itu. Bukan meminta diberi perhatian selalu, cuma kadang kala mahu juga bertemu dan berseloroh dengan mereka yang sama acuan biarpun berlainan adunan. Mahu juga membiarkan bibir menyulam bait-bait manis bahasa tanah ibunda. Memang kita dari tanah yang ajaib kerana satu tanah yang subur seperti rumah kita di sana, mampu ada segalanya. Ada yang bermata sepit, berambut ikal, berkulit manis dan ada juga rojak cirinya. Tapi itilah yang membuatkan rumahku itu cantik dan harmoni selau. Tetapi, bohong jika dikata tiada retak di antara kita. Namun, kita pandai mengatur cara, agar retak berlalu, rekah tiada dan yang tinggal cuma cerita baru dalam rasa yang sama.
Qis terpandang dari hujung jalan St Louise itu, kelihatan kelibat Michael dan Jordien, bermain basikal agaknya. Berpimpin tangan sambil meyorong basikal mereka. “Oh, sekolah agaknya”, bisik hati Qis. Lupa pula Qis, biarpun hari ini hari Ahad, tetapi anak-anak remaja di sini masih ada yang ke sekolah. Mungkin ada aktiviti agaknya. Cuma, yang menarik perhatian Qis adalah persahabtan mereka berdua. Michael adalah anak kulit putih yang mana ibu bapanya adalah golongan atasan dan Jordien cumalah anak sepasang pasangan Afrika-Amerika yang datang dari keluarga sederhana. Tetapi, mereka mampu bersama dan bermesra tanpa ada rasa berbeza. Mungkin ada di lubuk hati mereka rasa berbeza itu, namun itu tidak penting. Melihat mereka mampu ketawa dan berjalan berpimpin tangan bersama, sudah cukup untuk meneka, mereka bahagia bersama. Walaupun kita tidak tahu hati masing-masing, kadang kala gerak hati kita mapu memberi jawapan kepada persoalan yang kita buntu akan jawapan.

“Good Morning Miss Qistina! We’re heading to the school! We’re having our carnival today!”, laung Michael kepada Qis apabila dia terlihat Qis melambai-lambai ke arahnya dari jendela rumahnya. “Oh really? Well, if I got time, I will be there!”, Qis menjawab sambil terus melambai-lambai ke arah mereka. Mungkin dia akan singgah sebentar ke sekolah mereka sebelum dia ke kolej. Hari ini di kolej Qis ada seminar tentang pencegahan jenayah dan keganasan terhadap wanita. Di sini, wanita memang diberi perhatian oleh masyarakat. Mungkin ada yang terus bersikap prejudis terhadap kemampuan wanita namun, kini wanita juga mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Mungkin sudah tiba masa, dunia memperakui betapa hebtanya wanita dalm memnggerakkan organisasi dunia. Cuma jika diberikan peluang, segal yang kita inginkan akan jadi kenyataan.

Qis lantas meninggalkan jendela kamarnya dan bergerak ke tingkat bawah rumahnya. Dia ingin mengambil akhbar dan susu yang dihantar oleh Michael pagi tadi.Michael, gadis genit dari kejiranan sebelah yang saban pagi dating menghantar susu dan akhbar ke kediaman Qis.Mula-mula mengenali gadis itu, Qis tertanya-tanya; cukup rajin gadis ini bekerja sedangkan dia anak orang berada. Lahir dalam sebuah keluarga pengusaha ladang ternakan, tidak menghalang Michael untuk menjadi seperti gadis-gadis yang lain. Mencari wang poket sendiri, berbasikal dan tidak diiring oleh mana-mana lelaki perkasa. Qis sering tersenyum melihat gelagat Michael dan kawan-kawannya, mereka ketawa, tersenyum atas nama kegembiraan dan persahabatan. Ia membuatkan Qis teringat rakan-rakan karibnya di Malaysia. Terlalu lama tidak bersua kerana mereka semua turut sedang berjuan di menara gading. Aisya dan Kamila kini di Jepun, Arisa pula di utara Malaysia, Siti dan Syila nun jauh di Australia dan tidak ketinggalan kawan Qis yang paling nakal; Shiela yang sedang menuntut di Perancis. Mereka semua gadis-gadis muda yang bercita-cita tinggi.

bersambung...

Tuesday, November 3, 2009

Epilog Angin, Dahan dan laku seorang KHALIFAH



Perihnya bukan payah tapi cekal,
Menebuk hati tiap insan yang memandang,
Pada dahan pohon yang patah.

Ku usap angin malam ini,
Ia mengiyakan aku berkata,
Ia mengangguk aku bersedih,
Ia mengamin doa kudus ku.

Bertahan di laman dunia,
Aku teruskan langkah khalifah ini,
Tidak gentar ku usap dedaun senja yang bertiup,
Tidak ku malu tersenyum sumbing,
Biar senyum ini bukan pada tempatnya,
Namun bangga ku pada darjat ini.

Tika dahan pohon patah itu turut jatuh,
Menyembah bumi tuhan ini,
Tersentap lamunan ku yang panjang,
Diusap oleh angin yang bersalaman,
Bikaslah bangun wahai khalifah,
Masih jauh langkah untuk kau berlari,
Masih jauh untuk bumi ini dijejak,
Jangan alpa wahai khalifah,
Bisik angin pada aku,
Kalifah bumi tuhan.

Dari kejauhan aku terlihat,
Susuk masa hadapan yang berliku,
Ia melambai aku dari dalam lubuk keindahan,
Keindahan dunia di balik tembok iman ku,
Maafkan aku angin,
Malunya padamu dahan,
Jika rebah bahu ini,
Jika tersungkur jasad ini,
Pada dia,
Api yang mengulit tidur malam ku.

Namun,
Selagi kaki ku mampu berkata,
Dan mulut ini mampu juga menafsir kata langkah,
Tetap ku cuba lari dari dingin malam itu,
Dan berpaut pada ranting yang kau bekalkan padaku,
Andai terobek jiwa berdarah,
Pulangkan rasa jiwa yang pasrah,
Terus menangis menadah doa,
Kerna inilah janji khalifah pada tuanNya…….

KOMPOSISI 13579 ( JEndela )


Sejuk benar udara di jendela kamar itu sehinggakan menusuk ke tulang rasanya. Tetapi, bagi Qis yang telah dua tahun menghirup udara pagi di jendela itu, tiada apa rasanya. Musim luruh yang makin berlalu bagaikan meminta seluruh alam merinduinya dan mencemburui musim sejuk yang bakal tiba. Lihat sahaja dari suramnya tiupan angin pagi itu dan gugurnya satu per satu daun dari pohon maple di hadapan rumah En.John di seberang jalan St Louise itu. Tidak banyak yang Qis tahu tentang keluarga En. John kerana mereka itu penganut kuat agama Kristian dan secara jujurnya, mereka sedikit prejudis terhadas gadis bertudung seperti Qis. Semenjak trajedi berdarah 11 September di kota New York, kehidupan Qis di kota London juga terkesan. Qis masih bingung, mengapa di dijeling dan dipandang seperti seorang yang bersalah biarpun orang lain yang melakukan kekejaman itu? Lumrah dunia untuk membenci yang buruk dan menyukai yang baik, namun, wajarkah insan lain dibenci kerana dosa orang lain?

Qis teringat kata-kata tokoh bangsa Afrika-Amerika, Martin Luther; “jangan kita mentafsir seseorang dari warna kulitnya, tapi lihatlah dari karektor orang itu”. Kadang-kadang Qis tersenyum sendiri apabila memikirkan keadaan dunia hari ini. Manusia makin berubah apabila dunia berubah menjadi lebih ligat. Tiada yang terkecuali dari menjadi sebahagian daripada cerita hidup dunia.

Pernah juga Qis bertanya kepada teman-teman Inggerisnya, “ mengapa kamu tidak takut dan benci pada kau?”. Teman-temannya menjawab, “ tiada apa yang harus kami takutkan pada engkau kerana engkau adalah Qistina dan bukan pengganas”. Binggung rasanya apabila terfikir kata-kata mereka itu. Jelaslah, bagi satu bangsa yang berjaya seperti mereka, hanya yang dilihat benar-benar membunuh barulah digelar si jahat dan yang mungkin membunuh dalam diam tidak pernah ditunding sebagai si jahat. Walhal, mereka tahu, siapa yang menjadi minyak yang menyemarakkan api yang menyala marak dalam jiwa sebahagian bangsa mereka yang membenci saudara-saudara Qis yang terlanjur itu. Bagi yang lebih terbuka pula, cuma senyum dan sokongan yang mampu diberikan sebagai tanda mengiyakan kehadiran Qis dalam komuniti mereka. Biar canggung rasa hati untuk menerima sapaan mereka, tapi Qis cuba menjadi insan yang tidak hipokrit. Dia membalas setiap sapaan kerana bagi Qis, “orang berbudi,kita berbahasa; orang memberi,kia merasa”.

Tidak terlalu melampau kiranya jika Qis mengaku, dia rasa terharu dengan sikap segelintir bangsa asing itu yang lebih prihatin tentang bagaimana perhubungan harus dijaga. Bukan seperti segelintir bangsa setanah dengannya di sana, yang lebih gemar menjadi aku dan engkau tanpa merestui kehadiran kita di dalam lingkungan persahabatan itu. Mungkin mereka telah hilang rasa sayang kepada orang yang sama adab bersimpuh dan bersila seperti mereka.

bersambung...

Sunday, October 18, 2009

"Metamorphosis"





ini sangat menyukarkan!

in every step we take as a human, mungkin kita rasa ia adalah sebuah cerita yang telah tuhan tetapkan.memang benar,tapi pernah tak kita terfikir,"i want to make it better!"

baru2 ini, aku mulai sedar yang hidup ini memang ketetntuan tuhan, tuhan yang menetapkan, kita datang, berlakon,dan pulang..

thats why itry to think how much had i give rather that what i had gained. in every moment i try to be what people asked me to be.memang la im an actor of my own play,tapi susah untuk teruskan lakonan.

sampai satu saat, aku mula percaya. life is a piece of sweet moment to share.jadi aku mahu henti berlakon.makannya,live life to the fullest..

orang ade berkata, "a new day come after the old one die"..aku mahu mereka-mereka tahu, kekuatan dalaman adalah satu nikmat terbaik untuk menjadikan diri kita yang terbaik.jangan terus mati dipijak sebelum kita berjuang..

aku sudah pernah terkena banyak kali.disakiti dan menyakiti merupakan permainan baru dunia sekarang..aku suka apa yang HEide Klum bilang; "one day ur in,the other day ur out"

aku bosan menari pada irama2 sumbang yang terlalu biasa,,mungkin im deaf when im not but i depends on how you look at it. bagi aku, sudah tiba masa untuk slow down and think back about kawan2,hidup,family and my study..i wanna rest..and stop fooling around,,

mungkin dah ramai yang tertipu dengan dunia mereka..aku hampir..emm..tidak juga..i've cheated my ownself....yes,im stupid for that..tapi...aku belajar,,,,dan tidak terus menangis..

XOxO

lelakiBergincUbiru

"the Arts of the BEginning"

wanna start thing new and fresh,,,so im stopping my other blog off..keep it to myself,i want to make this one as long as i can..try to play the game well this time since i need to keep myself alert all the time..no more playing games or being childish...

i want to stand tall and share what i believe to everyone....i've hurt alot..i've laugh alot...now...i want to learn how to make it to myself....and to tell everyone..


"LIVE yourself As what u want ur life to be"

thx:

lelakiBergincUbiru