Monday, December 14, 2009

Komposisi 13579 ( jendela 5)


Qis tersentak. Mengapa Arsyad begitu marah? Dirinya bukan milik Arsyad , nyawanya bukan milik Arsyad. Bagi Qis, Arsyad bagaikan sudah hilang pedoman. Dia terlalu inginkan Qis. “Arsyad, Qis belum sedia untuk semua ni. Qis belum mahu terikat dengan apa-apa. Apa hak Arsyad untuk membentak Qis? Saya mampu buat keutusan untuk diri saya sendiri”, ujar Qis dalam nada kesal.

Arsyad memandang tepat ke mata Qis. Bagaikan ada dendam yang ingin dibalas dan dilempar terus pada Qis. “ I need you Qis. I do need you! Bukan sebab Arsyad memaksa. Cuma I don’t want to lost you,” Arsyad cuba menjelaskan kekalutan yang berlaku. Qis terdiam. Dia senyum lalu mengucapkan salam pada Arsyad dan berlalu pergi.

Dari jauh, Arsyad memanggil Qis, namun dia terus juga menyusun langkahnya meninggalkan Arsyad. Berat hati Qis untuk meninggalkan Arsyad. Tetapi, dia Cuma inginkan satu kebebasan untuk bergerak tanpa sebarang komitmen. Terlalu berat untuk dia memberikan komitmen sedangkan dia masih tercari-cari pegangan sebenar hidupnya. Dia tidak mahu menjadi terlalu terburu-buru. Jodoh itu ketentuan Illahi. Dia yang menentukan dan kita hanya mampu merancang. Setiap perkara yang berlaku adalah dengan kuasa dari-Nya.

Qis meneruskan langkahnya dengan lesu menyusuri St Ivan Street yang rata-rata dipenuhi golongan muda-mudi yang sedang seronok menyaksikan Baskin. Ternyata, persembahan jalanan sebegini amat menarik minat golongan muda di pekan ini. Arts is the key to the union of the mother nature, kata-kata ini muncul dibenak minda Qis apabila dia melihat seorang anak kecil dalam usia 10 tahun bermain sebuah gitar di tepi Ivory Statue ditengah-tengah St Lewis Garden. Lucu, tetapi menarik untuk diperhatikan. Dia begitu kecil untuk memahami kepayahan hidup. Tetapi, mungkin ia dilakukan sekadar untuk suka-suka.

Dengan rasa hati yang mulai reda dari kekesalan atas sikap Arsyad yang terlalu menjengkelkan itu, Qis berjalan terus hingga tiba di Lovely Cupid. Dia menolak pintu café itu dan memasukinya sambil kedengaran bunyi loceng café kecil itu. “Hey Qis, what are you up to?” sapa seorang lelaki lewat 70-an yang sedang sibuk mengelap meja di dalam café itu. “Nothing much Mr Noland. Just came back from a short walk around the town. Where’s Maria? I haven’t seen her today. She’s even not at the garden” panjang lebar persoalan yang ditanya pada Mr Noland oleh Qis.

Lelaki itu lantas bergerak ke mejanya di mana Qis duduk. “She told me she want to go to the church. It’s Sunday dear. I’m not going today. Have a job to be done. Just stopping by to check on Marcus” Mr Noland menjawab lantas berlalu ke kaunter untuk memesan minuman kegemaran Qis. Selang beberapa minit, Mr Noland kembali semula ke meja Qis dan memberikan gadis itu secawan kopi panas yang diletakkan di dalam mug putih bercorak matahri kegemaran Qis. “Here you go. Koupi O panass. Your favourite!” seloroh Mr Noland yang cuba menyebut nama minuman itu dalam bahasa melayu. “Hahaha. Terima Kasih!”, Qis membalas dengan senyuman.


bersambung...

3 comments: