Wednesday, December 2, 2009

komposisi 13579 ( jendela 4)


Qis fikir yang isu agama bukanlah isu terbesar di sini memandangkan orang-orang di sini nampak lebih memahami. Namu tidak, rupa-rupanya, diskriminasi boleh berlaku di mana-mana sahaja selagi manusia tidak mahu memahami perbezaan. Jika kita terus menganggap perbezaan sebagai satu kelainan yang menjengkelkan, maka kita akan terus hidup dalam dunia penuh kebencian dan diskriminasi. Qis membalas senyuman Mrs John dan memohon untuk beredar terlebih dahulu. Dia sebenarnya tidak tahu ingin menuju ke mana. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor milik Arsyad.

“Assalamualaikum, kamu di mana?,” tanya Qis.

“Waalaikummussalam, saya di Queens Corner. Sedang memberi itik-itik di kolam makan. Kenapa?,” Arsyad menjawab dalam nada berseloroh.

“Can we meet for a while? I need to discuss something with you,” Qis menjawab dengan tenang.

“Em, ok. I meet you at the Junction Square. Is that ok?”, sekali lagi Arsyad bertanyakan soalan kepada Qis.

“That’s fine. Jumpa kamu di sana. Jangan lambat! I give you ten minutes,” arah Qis sambil tergelak kecil.

“Baik puan!,” Arsyad menjawab dan terus memutuskan talian.

Qis terus bergerak ke kiri jalan melalui lorong pejalan kaki di bahagian tepi jalan kecil itu. Pelbaagai perkara bermain difikirannya. Apa yang harus dicakapkan? Bagaimana harus dia mulakannya? Adakah Arsyad akan menerima perkara ini? Mungkin Qis menjadi terlalu terburu-buru kerana perasaannya yang terlalu mendesak itu? Dia sendiri buntu tentang apa yang dirasanya. Mungkin juga perkenalan selama 4 tahun belum cukup meyakinkan hatinya tentang kesediaan dia menerima Arsyad sebagi bakal suaminya. Perkongsian dalam rumahtangga bukan perkara main-main. Qis tidak mahu menjadi janda muda yang menyesal kerana kahwin awal. Tetapi dia sudah terfikir terlalu jauh dari keadaan sebenarnya. Perasaan gusar ini mungkin menyebabkan dia mula berfikiran yang tidak enak tentang cerita hari esok.

Junction Square kelihatan agak legang berbanding hari-hari minggu yang lain. Dia merapati sebuah meja yang terletak betul-betul di tepi Uncle’s Cabin yang menjual chocolate puff kegemarannya. Selang beberapa minit selepas dia duduk di bangku meja itu, Arsyad sampai dengan memegang sejambak bunga lily putih. “Assalamualaikum, ini untuk Puan Besar,” seloroh Arsyad. “Waalaikummussalam. Oh, terima kasih. Cantik. Pandai kamu pilih,” Qis menjawab dalam nada yang lembut.

Arsyad duduk di bangku yang menghadap Qis. “Kenapa mahu berjumpa? Anything bad?,” soal Arsyad. “Arsyad, Qis minta maaf. Tapi, I need a time out. Kita berpisah dulu buat seketika,” ujar Qis dalam nada yang ragu. “Em..kenapa? I’m not good for you,?” Arsyad mendesak mahukan penjelasan. “ Bukan. Qis cuma perlu masa untuk mencari dan pencarian ini melibatkan masa Qis. Qis tak mahu nanti Arsyad terasa yang Qis mengelak dari bersama Arsyad. Qis tak mahu ada penghalang antara Qis dengan pencarian Qis,” terang Qis dalam nada tenang.

“Fine. I leave you then. Hope you won’t regret this! Aku cuba ikut rentak kau. Aku cuba fahami kau. Tapi, kau tetap dengan pencarian kau yang tak henti-henti tu! Kehidupan adalah satu ketetapan dan bukan satu penerokaan atau pencarian. Kau dah terlalu banyak berfikir tentang kehidupan. Get a life!,” bentak Arsyad.


bersambung...

No comments:

Post a Comment