Sunday, November 29, 2009

komposisi 13579 ( bahagian 3)


Setelah jauh merenung paginya, Qis bergerak ke arah pintu biliknya dan mula bergerak perlahan menuruni anak tangga rumahnya itu. Dia mengenakan sehelai tudung putih yang dikenakan cantik dengan kemeja kotak-kotak berwarna hitam dan sehelai celana putih dari Leon, jenama kegemarannya. Sebelum mendekati dapur untuk menyediakan pengalas perut dia mencapai sehelai scarf dari Zara pemberian Andrew, rakan baiknya dari Liverpool. Dia membalut scarf itu di keliling lehernya kerana angin pagi itu sungguh dingin mengigit tubuhnya yang kecil itu. Qis terus menyediakan sarapan, roti bakar dan kopi. Mudah, senang dan tidak memeningkan kepala. Dia terfikir sejenak sewaktu menghirup perlahan kopi bancuhannya. Apa lagi yang dia inginkan dalam kehidupan ini? Mungkin ia terlalu tiba-tiba, tetapi bila Qis teringat akan soalan oleh teman karibnya Jenna sewaktu mereka ke pekan kelmarin, dia jadi teringat.

“You’re still young Qis. I mean, are you sure? You still have time to think about it, you know? It’s about your future.” Itulah persoalan yang diberikan oleh Jenna sewaktu Qis memberitahu kepadanya hasrat untuk memutuskan hubungannya dengan Arsyad. Bagi Qis, dia terlalu muda untuk memberikan komitmen dalam perhubungan. Mungkin selama ini Arsyad menyokong segala yang dilakukan Qis dan Arsyad juga merupakan insan yang mendengar segala keluh kesahnya. Tetapi Qis sudah nekad kerana dia tidak mahu Arsyad terlalu berharap. “You know Qis, he’s a great guy,” kata Jenna kepada Qis sewaktu dia cuba memujuk Qis memikirkan hal itu kembali. Kedegilan dan keinginan untuk terus menerokai bumi tuhan ini membuatkan Qis terus kekal dengan keputusannya. Mungkin apabila ada Arsyad, keputusan yang diambil Qis harus menjaga hati orang ketiga itu. Dia ingin jadi lebih longgar untuk bernafas. Kadang-kadang Arsyad seperti mendesak Qis untuk mengurung keinginannya untuk mencari lebih erti kehidupan di luar lingkungan kebiasaannya. Arsyad terlalu skeptikal dengan kemampuan Qis sebagai seorang wanita Muslim yang berada di bumi asing. Baginya, Qis harus menjadi berhati-hati dengan setiap gerak mahupun tutur kata.

Jauh dia mengelamun tentang Asyad yang tiba-tiba menjengah ke mindanya. Dia terus menghirup kopi yang mulai suam dan menghabiskan potongan terhasil roti bakarnya. Qis lantas bangun dan mengangkat pinggan dan cawan yang digunanya. Lantas dicucinya semua perkakas itu. Dia mula bergerak malas ke ruang tamu dan mencapai beg sandangnya. Pemberian Jenna sewaktu harijadi Qis yang lalu, beg sandang dari Losex itu menjadi kegemarannya. Dia membetulkan ikatan tudungnya di hadapan cermin di ruang tamu dan mencapai kunci rumah yang tergantung di belakang pintu utama rumah itu. Pintu rumah dikunci rapat dan Qis terus melangkah turun dari rumahnya memijak rumput menghijau di laman rumahnya. “Morning Mrs John. It’s a little bit cold out here. Are you off to somewhere? ,” sapa Qis kepada isteri Mr John yang sedang berjalan meninggalkan halaman rumahnya. “Yes. I’m on my way to the church. They having some prayer today,” jawab Mrs John yang memberikan Qis satu senyuman manis yang memberikan satu tanda keihlasan dari hatinya. Dia cuba menjauhkan prejudisnya terhadis gadis Islam seperti Qis tetapi suaminya lebih berkuasa. Kebengisan Mr John dalam berkompromi tentang isu agama menyukarkan pergaulan antara mereka.


bersambung...

No comments:

Post a Comment