Saturday, November 7, 2009

komposisi 13579 (jendela 2)


Mungkin keterlaluan kiranya kalau Qis menunding jari menyalahkan budaya tanah penjajah itu yang merasuk ke segenap tulang-belulang teman-temannya itu. Kalau tidak kita yang mahu, masakan orang memberi dan manakan jadinya sesuatu perkara? Berlegar-legar di minda Qis tentang apa yang mungkin terjadi kalau hal ini terus berlaku? Mungkin tiada lagi teman-temannya yang akan menyapa bertanya bagaimana keadaan dirinya di laman negeri putih itu. Bukan meminta diberi perhatian selalu, cuma kadang kala mahu juga bertemu dan berseloroh dengan mereka yang sama acuan biarpun berlainan adunan. Mahu juga membiarkan bibir menyulam bait-bait manis bahasa tanah ibunda. Memang kita dari tanah yang ajaib kerana satu tanah yang subur seperti rumah kita di sana, mampu ada segalanya. Ada yang bermata sepit, berambut ikal, berkulit manis dan ada juga rojak cirinya. Tapi itilah yang membuatkan rumahku itu cantik dan harmoni selau. Tetapi, bohong jika dikata tiada retak di antara kita. Namun, kita pandai mengatur cara, agar retak berlalu, rekah tiada dan yang tinggal cuma cerita baru dalam rasa yang sama.
Qis terpandang dari hujung jalan St Louise itu, kelihatan kelibat Michael dan Jordien, bermain basikal agaknya. Berpimpin tangan sambil meyorong basikal mereka. “Oh, sekolah agaknya”, bisik hati Qis. Lupa pula Qis, biarpun hari ini hari Ahad, tetapi anak-anak remaja di sini masih ada yang ke sekolah. Mungkin ada aktiviti agaknya. Cuma, yang menarik perhatian Qis adalah persahabtan mereka berdua. Michael adalah anak kulit putih yang mana ibu bapanya adalah golongan atasan dan Jordien cumalah anak sepasang pasangan Afrika-Amerika yang datang dari keluarga sederhana. Tetapi, mereka mampu bersama dan bermesra tanpa ada rasa berbeza. Mungkin ada di lubuk hati mereka rasa berbeza itu, namun itu tidak penting. Melihat mereka mampu ketawa dan berjalan berpimpin tangan bersama, sudah cukup untuk meneka, mereka bahagia bersama. Walaupun kita tidak tahu hati masing-masing, kadang kala gerak hati kita mapu memberi jawapan kepada persoalan yang kita buntu akan jawapan.

“Good Morning Miss Qistina! We’re heading to the school! We’re having our carnival today!”, laung Michael kepada Qis apabila dia terlihat Qis melambai-lambai ke arahnya dari jendela rumahnya. “Oh really? Well, if I got time, I will be there!”, Qis menjawab sambil terus melambai-lambai ke arah mereka. Mungkin dia akan singgah sebentar ke sekolah mereka sebelum dia ke kolej. Hari ini di kolej Qis ada seminar tentang pencegahan jenayah dan keganasan terhadap wanita. Di sini, wanita memang diberi perhatian oleh masyarakat. Mungkin ada yang terus bersikap prejudis terhadap kemampuan wanita namun, kini wanita juga mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Mungkin sudah tiba masa, dunia memperakui betapa hebtanya wanita dalm memnggerakkan organisasi dunia. Cuma jika diberikan peluang, segal yang kita inginkan akan jadi kenyataan.

Qis lantas meninggalkan jendela kamarnya dan bergerak ke tingkat bawah rumahnya. Dia ingin mengambil akhbar dan susu yang dihantar oleh Michael pagi tadi.Michael, gadis genit dari kejiranan sebelah yang saban pagi dating menghantar susu dan akhbar ke kediaman Qis.Mula-mula mengenali gadis itu, Qis tertanya-tanya; cukup rajin gadis ini bekerja sedangkan dia anak orang berada. Lahir dalam sebuah keluarga pengusaha ladang ternakan, tidak menghalang Michael untuk menjadi seperti gadis-gadis yang lain. Mencari wang poket sendiri, berbasikal dan tidak diiring oleh mana-mana lelaki perkasa. Qis sering tersenyum melihat gelagat Michael dan kawan-kawannya, mereka ketawa, tersenyum atas nama kegembiraan dan persahabatan. Ia membuatkan Qis teringat rakan-rakan karibnya di Malaysia. Terlalu lama tidak bersua kerana mereka semua turut sedang berjuan di menara gading. Aisya dan Kamila kini di Jepun, Arisa pula di utara Malaysia, Siti dan Syila nun jauh di Australia dan tidak ketinggalan kawan Qis yang paling nakal; Shiela yang sedang menuntut di Perancis. Mereka semua gadis-gadis muda yang bercita-cita tinggi.

bersambung...

No comments:

Post a Comment